Hutang

hutang & pengurusan

5 PERKARA YANG NABI MUHAMMAD SAW BERITAHU TENTANG HUTANG

“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.”

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari

“Penangguhan bayar hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman“

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari

“Allah SWT mengampunkan dosa orang yang mati Syahid kecuali hutang“

Direkodkan oleh Imam Muslim

“Ketika ditanya kenapa selalu berdoa minta perlindungan dari berhutang, Baginda saw pun menjawab, orang yang berhutang ini apabila dia bercakap dia menipu, apabila dia berjanji, dia mungkir.“

Direkodkan oleh Imam Bukhari

“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari”.

Hadis direkodkan oleh Imam Baihaqi

Pengisytiharan Hutang

DOKUMEN HUTANG. Semua peserta dikehendaki membawa semua dokumen rasmi berkaitan dengan hutang yang ditanggung.

HUTANG TANPA DOKUMEN. Bagi yang hutang yang tidak mempunyai dokumen, pemiutang hendaklah menyediakan satu surat yang ditandatangan lengkap dengan nama, nombor kad pengenalan, jumlah hutang dan surat berkenaan mestilah ditandatangan dihadapan pesuruhjaya sumpah.
 
HUTANG DIAMBIL KIRA. Hanya hutang yang diisytiharkan semasa akad sahaja yang akan diambilkira, dan jika ada hutang selepas itu (selepas akad) ia tidak akan diambilkira.
 
PROSES PEMBAYARAN HUTANG. Proses pembayaran hutang-hutang peserta akan dilaksanakan mengikut giliran danjumlah(yang manalebihdahulu), dan semua pembayaran akan dimaklumkan kepada peserta.  Pembayaran hutang kepada yang meninggal dunia akan diberikan keutamaan.
 
KEJUJURAN.  Semua pengisytiharan hendaklah dibuat dengan jujur dan ikhlas, jika pengurusan mendapati ada unsur-unsur pengisytiharan yang tidakbenar.  Pihak pengurusan boleh mengambil tindakan yang difikirkan sesuai.
 
LEBIHAN PENYELESAIAN HUTANG.  Bagi pembayaran hutang dan mungkin ada lebihan, lebihan tersebut akan diberikan kepada peserta (mengikut syarat dan terma).